9 hendak menjatuhkan hukuman yang sama kepada kamu semua jika kamu tidak dapat menceritakan mimpi itu kepada beta. Kamu berpakat untuk berdusta kerana kamu berharap bahawa beta akan mengubah keputusan beta. Ceritakanlah dahulu mimpi beta itu, barulah beta yakin bahawa kamu juga dapat mentafsirkannya.”
10 Para penasihat raja berkata, “Tiada seorang pun di seluruh bumi ini dapat memberitahu tuanku apa yang dikehendaki tuanku. Bahkan raja yang agung dan kuat tidak pernah menuntut penilik, ahli sihir, dan orang berilmu berbuat demikian.
11 Permintaan tuanku amat susah sehingga tiada sesiapa dapat mengabulkannya, kecuali para dewa; dan para dewa pula tidak tinggal di kalangan manusia.”
12 Mendengar hal itu, raja naik murka dan menitahkan supaya semua penasihat raja di Babel dibunuh.
13 Maka perintah raja pun diumumkan dan semua orang cerdik pandai, termasuk Daniel dan kawan-kawannya dicari untuk dibunuh.
14 Maka Daniel menemui Ariokh, ketua pengawal raja. Dialah yang telah diperintahkan untuk menjalankan hukuman bunuh itu. Dengan berhati-hati,
15 Daniel bertanya kepada Ariokh, sebabnya raja memberikan titah yang kejam itu. Ariokh pun menceritakan apa yang telah berlaku.