23 Tuanku telah menentang Tuhan penguasa di syurga. Tuanku telah menggunakan mangkuk-mangkuk yang diambil dari Rumah TUHAN. Tuanku, para pembesar tuanku, semua isteri, dan gundik tuanku telah minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu, serta memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu - dewa-dewa yang tidak dapat melihat, atau mendengar, atau mengetahui apa-apa. Tuanku tidak menghormati Allah yang berkuasa menentukan sama ada tuanku hidup atau mati, dan yang menguasai segala perbuatan tuanku.
24 Itulah sebabnya Allah menyuruh tangan itu menulis tulisan ini.
25 Tulisan itu ialah ‘Dihitung, dihitung, ditimbang, dan dibahagi.’
26 Dihitung bermakna Allah telah menghitung masa pemerintahan tuanku, dan mengakhirinya.
27 Ditimbang bermakna tuanku telah ditimbang dan ternyata terlalu ringan.
28 Dibahagi bermakna kerajaan tuanku akan terbahagi dan diberikan kepada orang Media dan Persia.”
29 Pada saat itu juga Raja Belsyazar memerintahkan hamba-hambanya mengenakan pakaian diraja, iaitu jubah ungu pada Daniel, dan kalung emas tanda kebesaran pada lehernya. Raja melantik dia menjadi penguasa ketiga dalam kerajaan itu.