25 Tulisan itu ialah ‘Dihitung, dihitung, ditimbang, dan dibahagi.’
26 Dihitung bermakna Allah telah menghitung masa pemerintahan tuanku, dan mengakhirinya.
27 Ditimbang bermakna tuanku telah ditimbang dan ternyata terlalu ringan.
28 Dibahagi bermakna kerajaan tuanku akan terbahagi dan diberikan kepada orang Media dan Persia.”
29 Pada saat itu juga Raja Belsyazar memerintahkan hamba-hambanya mengenakan pakaian diraja, iaitu jubah ungu pada Daniel, dan kalung emas tanda kebesaran pada lehernya. Raja melantik dia menjadi penguasa ketiga dalam kerajaan itu.
30 Pada malam itu juga Raja Belsyazar, raja Babilonia dibunuh.