4 Sambil minum, mereka memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu.
5 Tiba-tiba terlihat tangan manusia, dan tangan itu mula menulis pada tembok istana, di bahagian yang paling terang kena sinar pelita. Raja Belsyazar melihat tangan yang sedang menulis itu.
6 Raja begitu takut sehingga mukanya pucat dan lututnya gementar.
7 Raja berteriak memanggil para ahli sihir, orang berilmu, dan ahli nujum. Apabila mereka menghadap, raja bertitah kepada mereka, “Sesiapa yang dapat membaca tulisan itu serta mentafsirkannya akan diberikan pakaian diraja, iaitu jubah ungu dan kalung emas tanda kebesaran. Orang itu akan dilantik menjadi penguasa ketiga dalam kerajaan ini.”
8 Para penasihat raja melangkah ke depan, tetapi tidak seorang pun dapat membaca tulisan itu ataupun menjelaskan maknanya.
9 Oleh sebab ketakutan, muka Raja Belsyazar bertambah pucat, dan para pembesarnya tidak tahu apa yang harus dilakukan.
10 Bonda raja mendengar bunyi riuh yang disebabkan oleh raja dan para jemputannya. Baginda masuk ke dalam dewan jamuan itu dan bertitah, “Daulat tuanku! Janganlah khuatir sehingga tuanku pucat.