1 Selepas Raja Belsyazar dibunuh, Raja Darius orang Media, yang ketika itu berusia enam puluh dua tahun, merebut takhta kerajaan Babilonia.
2 Raja Darius membahagi kerajaannya kepada seratus dua puluh wilayah, yang setiapnya diperintah oleh seorang gabenor.
3 Selain itu, baginda memilih Daniel dan dua orang lain untuk mengawasi para gabenor itu serta menjaga kepentingan raja.
4 Lalu ternyatalah pekerjaan Daniel lebih baik daripada pengawas ataupun gabenor yang lain-lain itu. Kerana Daniel begitu cekap, raja ingin melantik dia menjadi penguasa seluruh kerajaan.
5 Hal itu menyebabkan para pengawas dan gabenor yang lain berusaha untuk mencari kesalahan Daniel dalam tugas pemerintahan kerajaan itu, tetapi mereka tidak berjaya kerana Daniel setia, jujur, dan tidak lalai.
6 Kemudian mereka berkata, “Kita tidak mungkin mencari kesalahan Daniel, kecuali dalam hal yang berkaitan dengan agamanya.”
7 Oleh itu mereka menghadap raja dan berkata, “Daulat tuanku, Raja Darius!