8 Semasa aku merenung tanduk-tanduk itu, aku nampak sebuah lagi tanduk yang kecil muncul di antaranya. Tanduk itu menyingkirkan tiga buah tanduk yang ada di situ. Tanduk kecil itu mempunyai mata seperti mata manusia, dan mulut yang bercakap dengan sombong.
9 Sementara aku memandang, beberapa buah takhta disusun. Dia yang hidup selama-lamanya bersemayam di atas salah sebuah takhta itu. Pakaian-Nya putih seperti salji, dan rambutnya putih seperti bulu domba. Takhta-Nya mempunyai roda yang bernyala-nyala dengan api,
10 dan api mengalir dari takhta-Nya. Beribu-ribu orang berada di situ untuk melayani Dia, dan berjuta-juta orang berdiri di hadapan-Nya. Kemudian mahkamah pengadilan memulakan pembicaraan, dan kitab-kitab dibuka.
11 Sementara aku memandang, aku masih mendengar suara tanduk kecil itu bercakap dengan sombong. Sedang aku memandang, binatang keempat itu dibunuh, dan bangkainya dibuang ke dalam api hingga musnah.
12 Binatang-binatang yang lain, dicabut kuasanya tetapi dibenarkan hidup sehingga waktu yang ditentukan.
13 Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia. Dia datang diliputi awan, lalu menghampiri Dia yang hidup selama-lamanya, dan dihadapkan kepada-Nya.
14 Dia diberikan kuasa, kehormatan, dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa mengabdikan diri kepadanya. Kuasanya akan kekal, dan pemerintahannya tidak akan berakhir.