10 Tanduk itu menjadi begitu kuat sehingga dapat menyerang bala tentera syurga. Beberapa di kalangan bala tentera syurga dan bintang-bintang dijatuhkannya ke bumi, lalu dipijak-pijaknya.
11 Tanduk kecil itu juga berani mencabar Panglima bala tentera syurga, menghentikan korban harian yang dipersembahkan kepada Panglima itu, dan menajiskan Rumah TUHAN.
12 Di situ orang melakukan dosa dan tidak lagi mempersembahkan korban-korban harian yang diwajibkan. Hal yang benar tentang Allah dipandang hina. Tanduk kecil itu berjaya dalam segala usahanya.
13 Kemudian aku mendengar satu malaikat bertanya kepada malaikat yang lain, “Berapa lamakah perkara yang dilihat dalam penglihatan itu akan berlangsung? Berapa lamakah dosa yang keji akan menggantikan korban harian? Berapa lamakah bala tentera syurga dan Rumah TUHAN akan diinjak-injak?”
14 Aku mendengar malaikat yang lain menjawab, “Hal itu akan berlaku selama 1,150 hari, dan selama itu korban pagi dan korban petang tidak akan dipersembahkan. Selepas itu Rumah TUHAN akan dipulihkan.”
15 Ketika aku sedang berusaha untuk memahami makna penglihatan itu, tiba-tiba seorang berdiri di hadapanku.
16 Aku mendengar suara dari Sungai Ulai berkata, “Gabriel, terangkanlah makna penglihatan itu kepadanya.”