14 Benarkanlah para pemimpin kami tinggal di Yerusalem untuk menguruskan hal ini. Kemudian tiap-tiap orang yang mempunyai isteri berbangsa asing harus datang ke situ pada waktu yang ditetapkan, dan menghadap bersama dengan para pemimpin dan hakim kota masing-masing. Dengan cara itu Allah tidak akan murka lagi kepada kita kerana perkara itu.”
15 Tiada seorang pun membantah cadangan itu kecuali Yonatan anak Asael dan Yahzeya anak Tikwa. Mereka disokong oleh Mesulam dan Sabetai, seorang Lewi.
16 Mereka yang telah pulang dari pembuangan itu tetap hendak menerima cadangan itu. Oleh itu, Imam Ezra melantik beberapa orang di kalangan pemimpin puak Israel dan mencatat nama mereka. Pada hari pertama bulan sepuluh, mereka mulai menyiasat perkara itu.
17 Dalam masa tiga bulan, mereka selesai membuat penyiasatan terhadap semua lelaki yang mempunyai isteri berbangsa asing.
18 Inilah senarai orang lelaki yang mempunyai isteri berbangsa asing:Para imam, terdaftar menurut puaknya;Puak Yesua dan saudara-saudaranya, iaitu anak-anak Yozadak: Maaseya, Eliezer, Yarib, dan Gedalya.
19 Mereka berjanji menceraikan isteri mereka, lalu mereka mempersembahkan seekor domba jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa.
20 Puak Imer: Hanani dan Zebaja.