Ezra 2:59-60-70 BMDC

59-60 Semua orang yang berangkat dari kota Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adan, dan Imer, berjumlah 652 orang. Mereka termasuk puak Delaya, Tobia dan Nekoda, tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa mereka keturunan bangsa Israel.

61-62 Puak-puak imam yang berikut ini tidak dapat mencari catatan tentang nenek moyang mereka: Habaya, Hakos, dan Barzilai. (Nenek moyang Barzilai berkahwin dengan seorang perempuan keturunan puak Barzilai dari Gilead, dan kemudian menggunakan nama keluarga mentuanya.) Oleh sebab mereka tidak dapat membuktikan siapa nenek moyang mereka, maka mereka tidak diterima sebagai imam.

63 Gabenor negeri Yehuda melarang mereka makan makanan yang telah dipersembahkan kepada Allah, sehingga ada seorang imam yang dapat meminta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.

64-67 Jumlah orang buangan yang pulang ke negeri mereka ialah 42,360 orang. Pembantu mereka, lelaki dan perempuan berjumlah 7,337 orang. Para penyanyi lelaki dan perempuan berjumlah 200 orang. Mereka juga membawa binatang mereka:kuda -- 736baghal -- 245unta -- 435keldai -- 6,720

68 Apabila orang buangan itu tiba di Rumah TUHAN di Yerusalem, beberapa orang pemimpin puak memberikan pemberian sukarela untuk membina semula Rumah TUHAN.

69 Mereka memberikan sumbangan menurut kesanggupan masing-masing dan jumlahnya ialah 500 kilogram emas, 2,800 kilogram perak, dan 100 helai jubah imam.

70 Para imam, orang Lewi dan sejumlah orang daripada rakyat jelata tinggal di Yerusalem dan sekitarnya. Para penyanyi, para pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN dan para pekerja di Rumah TUHAN serta orang Israel yang lain menetap di kota-kota tempat tinggal nenek moyang mereka dahulu.