11 Kandungan surat itu seperti berikut,“Kepada Raja Artahsasta, daripada hamba-hamba tuanku dari Efrat Barat. Salam.
12 Hendaklah tuanku maklum bahawa orang Yahudi yang datang ke sini dari kawasan lain itu kini tinggal di Yerusalem dan sedang membina semula kota yang derhaka dan jahat itu. Mereka sudah mulai membina semula temboknya dan tidak lama lagi pembinaan itu akan selesai.
13 Jika kota itu dibina semula dan temboknya didirikan, penduduknya mungkin tidak mahu lagi membayar cukai. Oleh itu pendapatan kerajaan akan berkurangan.
14 Hamba sekalian terhutang budi kepada tuanku, kerana itu kami tidak ingin melihat perkara itu berlaku. Hamba sekalian mencadangkan
15 supaya tuanku memeriksa arkib para nenek moyang tuanku. Tentu tuanku akan mengetahui bahawa sejak dahulu, kota itu sentiasa memberontak dan menyusahkan para raja dan penguasa negeri. Penduduknya selalu susah diperintah dan itulah sebabnya kota itu dimusnahkan.
16 Hamba sekalian yakin bahawa jika kota itu dibina semula dan temboknya didirikan, tuanku tidak dapat menguasai wilayah Efrat Barat lagi.”
17 Raja membalas surat itu demikian,“Kepada Gabenor Rehum, Setiausaha Simsai, serta rakan-rakan mereka yang tinggal di Samaria dan di tempat lain di Efrat Barat. Salam.