19 Beta telah memerintah supaya perkara itu disiasat. Memang benar bahawa sejak dahulu Yerusalem telah memberontak terhadap raja-raja, dan bahawa kota itu penuh dengan pemberontak dan perusuh.
20 Raja-raja yang perkasa telah memerintah di sana dan di seluruh wilayah Efrat Barat, serta memungut cukai dan ufti.
21 Oleh itu keluarkanlah perintah supaya semua orang itu berhenti membina kota itu sehingga beta memberikan perintah selanjutnya.
22 Laksanakanlah perintah ini dengan segera supaya kerajaan kita tidak menanggung kerugian yang lebih besar.”
23 Sebaik sahaja surat daripada Raja Artahsasta itu dibacakan kepada Rehum, Simsai dan rakan-rakan mereka, berangkatlah mereka dengan tergesa-gesa ke Yerusalem. Lalu mereka memaksa orang Yahudi menghentikan pembinaan kota itu.
24 Pembinaan Rumah TUHAN telah tergendala sehingga tahun kedua pemerintahan Raja Darius, raja Persia.