4 Selepas itu penduduk yang telah lama tinggal di negeri itu cuba menawarkan hati orang Yahudi dan menakut-nakuti mereka, supaya pembinaan itu dihentikan.
5 Mereka juga memberikan rasuah kepada para pegawai kerajaan Persia supaya menggagalkan pembinaan itu. Mereka berbuat demikian sepanjang pemerintahan Raja Kores, bahkan sampai ke masa pemerintahan Raja Darius.
6 Pada permulaan pemerintahan Raja Ahasweros, musuh penduduk Yehuda dan Yerusalem menulis surat tuduhan.
7 Pada masa pemerintahan Raja Artahsasta, raja Persia, peristiwa itu berulang lagi; Bislam, Mitredat, Tabeel, serta rakan-rakan mereka mengirim sepucuk surat kepada raja. Surat itu ditulis dalam bahasa Aram, dan perlu diterjemahkan ketika dibaca.
8 Selain itu, Gabenor Rehum dan Simsai setiausahanya, juga menulis surat berikut kepada Raja Artahsasta tentang Yerusalem,
9 “Surat ini daripada Gabenor Rehum, Setiausaha Simsai, dan rakan-rakan mereka, iaitu para hakim, serta semua pegawai Persia yang lain, yang berasal dari Erekh, Babel, dan Susan di tanah Elam;
10 bersama-sama bangsa-bangsa lain yang dipindahkan oleh Raja Asnapar yang Agung ke kota Samaria dan ke tempat lain di wilayah Efrat Barat.”