6 Inilah laporan yang dikirim mereka kepada raja,
7 “Kepada Raja Darius. Semoga tuanku memerintah dengan aman damai.
8 Ingin kami maklumkan kepada tuanku bahawa kami telah pergi ke Yehuda dan mendapati bahawa Rumah Ibadat untuk Allah yang Besar, sedang dibina semula dengan batu-batu besar dan tembok yang dilapisi kayu. Pekerjaan itu dilakukan dengan sangat teliti dan berjalan dengan lancar.
9 Kemudian kami bertanya kepada para pemimpin bangsa itu, siapa yang telah memberi mereka kebenaran untuk membina semula Rumah Ibadat serta melengkapinya.
10 Kami juga menanyakan nama mereka supaya dapat memberitahukan tuanku orang yang mengetuai pekerjaan itu.
11 Mereka menjawab, ‘Kami ini hamba Allah penguasa alam semesta. Kami membina semula Rumah TUHAN yang dibina dan dilengkapi berpuluh-puluh tahun yang lalu oleh seorang raja Israel yang agung.
12 Tetapi oleh sebab nenek moyang kami membangkitkan kemurkaan Allah, penguasa di syurga, Dia membiarkan nenek moyang kami dikalahkan oleh Raja Nebukadnezar, keturunan Kasdim, raja di Babilonia. Rumah TUHAN dimusnahkan dan bangsa kami ditawan lalu dibawa ke Babilonia.