1 Selepas itu Raja Darius memberikan perintah supaya orang memeriksa arkib kerajaan yang disimpan di kota Babel.
2 Tetapi catatan tentang hal itu ditemui di kota Ahmeta, di daerah Media, dan bukannya di Babel. Catatan itu ditulis pada sebuah gulungan naskhah yang berbunyi begini,
3 “Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores, baginda memberikan perintah supaya Rumah TUHAN di Yerusalem dibina semula, sebagai tempat orang membawa persembahan dan membakar korban. Tinggi Rumah itu harus 27 meter dan lebarnya 27 meter.
4 Tembok Rumah itu hendaklah dibuat seperti berikut: di atas tiap-tiap tiga lapis batu mestilah dipasang satu lapis kayu. Segala perbelanjaannya hendaklah ditanggung oleh perbendaharaan kerajaan.
5 Perkakas emas dan perak yang digunakan di dalam Rumah TUHAN, yang telah diambil oleh Raja Nebukadnezar dari Yerusalem dan dibawa ke Babel, harus dikembalikan ke tempatnya semula.”
6 Kemudian Raja Darius menjawab demikian,“Kepada Gabenor Tatnai dari Efrat Barat, Syetar Boznai dan rakan-rakan kamu di Efrat Barat. Salam.Jangan ganggu orang Yahudi,
7 dan jangan halang pembinaan itu. Biarlah gabenor Yehuda dan para pemimpin orang Yahudi membina semula Rumah itu.