18 Gunakanlah perak dan emas yang selebihnya untuk keperluan apa sahaja bagimu dan rakan-rakanmu, menurut kehendak Allahmu.
19 Segala perkakas yang telah diserahkan kepadamu bagi keperluan ibadat di Rumah TUHAN itu harus kamu persembahkan kepada Allah.
20 Segala keperluan lain yang kamu perlukan untuk Rumah TUHAN, bolehlah kamu minta dari perbendaharaan kerajaan.
21 Beta memerintah supaya apa sahaja yang diminta oleh Imam Ezra, pakar Taurat Allah penguasa di syurga, harus diberikan dengan segera oleh semua pegawai perbendaharaan di wilayah Efrat Barat.
22 Jumlahnya boleh sampai sebanyak ini: 3,400 kilogram perak, 10,000 kilogram gandum, 2,000 liter wain, 2,000 liter minyak zaitun dan garam seberapa banyak yang diperlukan.
23 Berhati-hatilah melaksanakan segala yang telah diwajibkan Allah penguasa di syurga bagi Rumah-Nya, supaya Dia tidak murka terhadap beta ataupun terhadap orang yang memerintah selepas beta.
24 Janganlah pungut cukai daripada para imam, orang Lewi, penyanyi, pengawal pintu gerbang, pekerja, atau sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan Rumah TUHAN.