15 Malang menimpa kamu kerana dengan berang kamu menghina dan mempermalukan jiran-jiran kamu; kamu menyebabkan mereka terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
16 Sekarang tibalah giliran kamu untuk dipermalukan dan bukan untuk dihormati. Kehormatan kamu akan berubah menjadi kehinaan. TUHAN akan memaksa kamu minum dari cawan yang berisi hukuman; kamu akan meminumnya dan terhuyung-hayang.
17 Kamu menebang pokok-pokok di hutan Lebanon, tetapi sekarang kamu sendiri akan ditebang. Kamu membunuh binatang di situ, tetapi sekarang binatang akan menakutkan kamu. Semuanya ini berlaku kerana pembunuhan dan keganasan yang telah kamu lakukan terhadap penduduk dunia serta kota-kota di dunia.
18 Apakah gunanya berhala? Berhala hanya buatan manusia dan yang kamu dapat daripadanya hanya dusta belaka. Apakah keuntungan yang diperoleh pembuat berhala dengan berhala? Berhala tidak dapat bercakap!
19 Malang menimpa kamu kerana kamu berkata kepada sepotong kayu, “Bangunlah!” atau kepada sebuah batu besar, “Bangkitlah!” Dapatkah berhala menyatakan sesuatu kepadamu? Mungkin berhala dilapisi perak dan emas, tetapi berhala itu tidak bernyawa.
20 TUHAN ada di dalam Rumah-Nya yang suci; hendaklah setiap orang di bumi berdiam diri di hadirat-Nya.