9 Malang menimpa kamu! Kamu memperkaya keluarga kamu dengan apa yang kamu peroleh dengan keganasan. Kamu telah membina rumah yang selamat untuk melindungi keluarga kamu daripada malapetaka.
10 Tetapi rancangan kamu itu mempermalukan keluarga kamu; dengan memusnahkan banyak bangsa, kamu mendatangkan kehancuran diri sendiri.
11 Bahkan batu-batu tembok pun berteriak menyalahkan kamu dan kasau-kasau menggemakan teriakan itu.
12 Malang menimpa kamu kerana kamu mendirikan kota yang berasaskan kejahatan dan membinanya dengan pembunuhan.
13 Bangsa-bangsa yang kamu taklukkan menghabiskan tenaga dengan sia-sia; segala sesuatu yang dibina oleh mereka habis dimakan api. TUHAN Yang Maha Kuasa telah melakukan hal ini.
14 Tetapi sebagaimana lautan penuh dengan air, demikianlah bumi pun akan penuh dengan orang yang mengenal TUHAN dan kuasa-Nya.
15 Malang menimpa kamu kerana dengan berang kamu menghina dan mempermalukan jiran-jiran kamu; kamu menyebabkan mereka terhuyung-hayang seperti orang mabuk.