10 Apabila gunung-gunung nampak Engkau, semuanya bergoncang;hujan turun mencurah dari langit.Air di bawah bumi menderudan ombaknya bergelora.
11 Ketika panah-Mu yang laju berkilat,dan tombak-Mu yang bersinar berkilau-kilauan,matahari dan bulan berhenti beredar.
12 Dengan murka Engkau menjelajahi bumi;dengan marah Engkau memijak bangsa-bangsa.
13 Engkau keluar untuk menyelamatkan umat-Mu,untuk menyelamatkan raja pilihan-Mu.Engkau menjatuhkan pemimpin orang jahat,dan memusnahkan semua pengikutnya.
14 Anak panah-Mu menembusi panglima tenteranya,apabila tenteranya datang seperti angin ributuntuk menyebabkan kami lari bertempiaran.Mereka berasa seronok seperti orang yang dengan sembunyi-sembunyimenindas orang miskin.
15 Engkau memijak-mijak lautan dengan kuda-Mu,lalu air laut yang bergelora membuih.
16 Aku mendengar semuanya itu dan aku gementar;bibirku bergetar kerana aku ketakutan.Tubuhku lemah tidak bermaya,kakiku tersandung ketika berjalan.Dengan tenang aku akan menanti waktunyaEngkau menghukum orang yang menyerang kita.