11 Ketika panah-Mu yang laju berkilat,dan tombak-Mu yang bersinar berkilau-kilauan,matahari dan bulan berhenti beredar.
12 Dengan murka Engkau menjelajahi bumi;dengan marah Engkau memijak bangsa-bangsa.
13 Engkau keluar untuk menyelamatkan umat-Mu,untuk menyelamatkan raja pilihan-Mu.Engkau menjatuhkan pemimpin orang jahat,dan memusnahkan semua pengikutnya.
14 Anak panah-Mu menembusi panglima tenteranya,apabila tenteranya datang seperti angin ributuntuk menyebabkan kami lari bertempiaran.Mereka berasa seronok seperti orang yang dengan sembunyi-sembunyimenindas orang miskin.
15 Engkau memijak-mijak lautan dengan kuda-Mu,lalu air laut yang bergelora membuih.
16 Aku mendengar semuanya itu dan aku gementar;bibirku bergetar kerana aku ketakutan.Tubuhku lemah tidak bermaya,kakiku tersandung ketika berjalan.Dengan tenang aku akan menanti waktunyaEngkau menghukum orang yang menyerang kita.
17 Walaupun pokok ara tidak berbunga,dan pokok anggur tidak berbuah,walaupun hasil pokok zaitun menyedihkan,dan ladang gandum mengecewakan,walaupun domba mati semuanya,dan kandang lembu kosong belaka,