8 Orang Yehuda menyerang Yerusalem, lalu merebut dan membakar kota itu, serta membunuh penduduknya.
9 Selepas itu mereka berperang dengan orang Kanaan yang tinggal di kawasan perbukitan, di kaki-kaki bukit, dan di kawasan tanah gersang di sebelah selatan.
10 Orang Yehuda menyerang orang Kanaan yang tinggal di kota Hebron, yang dahulu dinamakan Kiryat-Arba. Di situ mereka mengalahkan puak Sesai, Ahiman, dan Talmai.
11 Dari Hebron, orang Yehuda menyerang kota Debir, yang pada waktu itu dinamakan Kiryat-Sefer.
12 Salah seorang daripada suku Yehuda itu, yang bernama Kaleb berkata, “Aku akan mengahwinkan anak perempuanku, Akhsa, dengan orang yang berjaya merebut Kiryat-Sefer.”
13 Otniel, anak kepada adik lelaki Kaleb yang bernama Kenas, berjaya merebut kota itu. Oleh itu Kaleb mengahwinkan anak perempuannya, Akhsa, dengan Otniel.
14 Pada hari perkahwinan mereka, Otniel mendesak Akhsa meminta sebidang tanah daripada bapanya. Akhsa turun dari keldainya, lalu Kaleb menanyai dia apa yang dikehendakinya.