Hakim-Hakim 14:11-17 BMDC

11 Ketika orang Filistin nampak Simson, mereka menyuruh tiga puluh orang pemuda menemani dia.

12 Simson berkata kepada pemuda-pemuda itu, “Dengarlah teka-teki ini. Jika kamu dapat menekanya dengan tepat sebelum habis masa tujuh hari perjamuan perkahwinan ini, aku akan memberi setiap orang sehelai kain linen halus dan sepasang pakaian yang baik.

13 Tetapi jika kamu tidak dapat menekanya, setiap orang harus memberi aku kain linen halus dan sepasang pakaian yang baik.”Pemuda-pemuda itu berkata, “Sebutkanlah teka-tekimu itu. Biarlah kami mendengarnya.”

14 Kemudian Simson berkata,“Daripada yang memakan, terdapat makanan;Daripada yang kuat, terdapat manisan.”Selepas tiga hari, mereka masih belum dapat meneka teka-teki itu.

15 Pada hari keempat, mereka berkata kepada isteri Simson, “Pujuklah suamimu supaya dia memberitahu kamu makna teka-teki itu. Jika tidak, kami akan membakar kamu dan rumah bapamu. Rupanya kamu berdua menjemput kami dengan maksud merompak kami!”

16 Oleh itu isteri Simson menangis dan berkata kepada Simson, “Abang tidak mencintai saya. Abang memberikan teka-teki kepada sahabat-sahabat saya, tetapi abang tidak memberitahu saya maknanya. Abang membenci saya.”Simson berkata, “Dengar dulu! Ibu bapaku sekalipun belum kuberitahu maknanya. Mengapakah aku harus memberitahunya kepadamu?”

17 Isteri Simson menangis terus-menerus selama tujuh hari perjamuan itu. Pada hari ketujuh, Simson memberitahu makna teka-teki itu kepadanya kerana isterinya terus merengek-rengek. Selepas itu isterinya memberitahu maknanya kepada orang Filistin.