1 Ada seorang lelaki bernama Mikha yang tinggal di kawasan perbukitan Efraim.
2 Pada suatu hari dia berkata kepada ibunya, “Ketika orang mencuri 1,100 keping wang perak mak dahulu, saya mendengar mak mengutuk pencuri itu. Sayalah yang mencuri perak itu. Saya masih menyimpannya.”Ibunya berkata, “Semoga engkau diberkati TUHAN, anakku!”
3 Mikha mengembalikan perak itu kepada ibunya. Maka ibunya berkata lagi, “Supaya engkau, anakku tidak kena kutuk yang aku ucapkan dahulu, aku mempersembahkan perak ini kepada TUHAN. Perak ini akan digunakan untuk menyalut patung berhala daripada kayu. Aku akan mengembalikan perak itu kepadamu.”
4 Selepas Mikha mengembalikan perak itu kepada ibunya, ibunya mengambil dua ratus keping lalu memberikannya kepada seorang tukang perak. Dia menyuruh tukang itu membuat sebuah patung berhala daripada kayu lalu menyalutnya dengan perak itu. Kemudian patung itu ditempatkan di rumah Mikha.
5 Mikha mempunyai sebuah tempat penyembahan. Dia membuat beberapa buah patung berhala dan sehelai efod lalu melantik salah seorang anak lelakinya menjadi imam.
6 Pada masa itu umat Israel masih belum mempunyai raja. Tiap-tiap orang melakukan apa yang dianggapnya benar.