9 Mikha bertanya kepadanya, “Saudara dari mana?”Jawabnya, “Saya seorang Lewi dari Betlehem di Yehuda. Saya sedang mencari tempat tinggal.”
10 Mikha berkata, “Tinggallah dengan saya. Jadilah penasihat dan imam saya. Saya akan memberi saudara sepuluh keping wang perak setahun sebagai upah, dan juga pakaian serta makanan.”
11 Pemuda daripada suku Lewi itu bersetuju tinggal dengan Mikha. Pemuda itu diperlakukan seperti anak kandung Mikha sendiri.
12 Mikha melantik dia sebagai imamnya, lalu dia tinggal di rumah Mikha.
13 Mikha berkata, “Sekarang aku tahu bahawa TUHAN akan berbuat baik kepadaku, kerana aku mempunyai seorang Lewi sebagai imam.”