20 Pemuda Lewi itu sangat suka dengan cadangan itu. Oleh itu dia mengambil efod dan patung-patung berhala itu lalu mengikut mereka.
21 Kemudian rombongan itu meneruskan perjalanan, didahului oleh kanak-kanak, ternakan, dan barang-barang mereka.
22 Setelah mereka berjalan agak jauh, barulah Mikha mengajak jiran-jirannya mengejar orang suku Dan itu. Apabila sudah dekat dengan mereka,
23 Mikha dan semua orangnya berteriak-teriak kepada mereka. Orang suku Dan berpaling lalu bertanya kepada Mikha, “Apa halnya? Mengapa kamu datang dengan begitu banyak orang?”
24 Mikha menjawab, “Kamu telah mengambil imamku dan patung-patung yang aku buat. Aku tidak mempunyai apa-apa lagi, lalu kamu berkata, ‘Apa halnya?’ ”
25 Orang suku Dan berkata kepadanya, “Diamlah! Jika tidak, semua orang ini akan marah dan menyerang kamu. Nanti kamu dan seluruh keluargamu akan mati.”
26 Setelah mengatakan begitu, mereka meneruskan perjalanan. Mikha melihat bahawa orang suku Dan lebih kuat daripada dia, lalu dia pulang ke rumahnya.