15 Tiap-tiap kali mereka pergi berperang, TUHAN menentang mereka, seperti yang sudah diperingatkan-Nya kepada mereka. Mereka mengalami kesusahan yang sangat besar.
16 Berulang kali TUHAN memberi bangsa Israel pemimpin untuk membebaskan mereka daripada gerombolan perompak.
17 Tetapi orang Israel tidak mempedulikan para pemimpin itu. Mereka tidak setia kepada TUHAN; mereka menyembah tuhan-tuhan lain. Nenek moyang mereka taat kepada perintah TUHAN, tetapi generasi baru itu tidak berbuat demikian.
18 Apabila TUHAN memberi mereka seorang pemimpin, TUHAN menolong pemimpin itu dan menyelamatkan mereka daripada musuh selama pemimpin itu hidup. TUHAN mengasihani mereka apabila mereka mengeluh kerana dianiaya dan ditindas.
19 Tetapi selepas pemimpin itu meninggal, umat Israel berkelakuan lebih jahat daripada generasi yang sebelumnya. Mereka menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain. Mereka kembali kepada kebiasaan-kebiasaan yang jahat dan tidak mahu mengubah kelakuan mereka.
20 Oleh itu TUHAN sangat murka terhadap umat Israel dan berfirman, “Bangsa ini sudah memungkiri perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka. Mereka memberontak terhadap Aku.
21 Oleh itu sekarang Aku tidak lagi mengusir bangsa mana-mana pun yang masih tinggal di negeri ini ketika Yosua meninggal.