1 Selepas Ehud meninggal, umat Israel berdosa lagi terhadap TUHAN.
2 Oleh itu TUHAN membiarkan mereka dikalahkan oleh Raja Yabin, raja orang Kanaan yang memerintah di kota Hazor. Panglima tenteranya ialah Sisera, yang tinggal di Haroset-Hagoyim.
3 Raja Yabin mempunyai sembilan ratus buah kereta kuda daripada besi. Baginda menjajah umat Israel dengan kejam dan ganas selama dua puluh tahun. Kemudian umat Israel berseru minta tolong kepada TUHAN.
4 Pada masa itu pemimpin Israel ialah seorang nabi perempuan yang bernama Debora, isteri Lapidot.
5 Biasanya Debora duduk di bawah sebatang pokok kurma, di antara Rama dan Betel, di kawasan perbukitan Efraim. Di situlah umat Israel datang untuk meminta nasihatnya.