13 dia mengumpulkan sembilan ratus buah kereta kudanya yang dibuat daripada besi, bersama dengan seluruh tenteranya, lalu dia membawa mereka dari Haroset-Hagoyim ke Sungai Kison.
14 Kemudian Debora berkata kepada Barak, “Majulah! TUHAN menyertai kamu! Pada hari ini TUHAN telah memberi kamu kemenangan atas Sisera.” Oleh itu Barak turun dari Gunung Tabor bersama dengan sepuluh ribu orangnya.
15 Ketika Barak dan tenteranya menyerang Sisera, TUHAN membingungkan Sisera bersama dengan seluruh tentera dan kereta kudanya. Sisera turun dari kereta kudanya, lalu melarikan diri.
16 Barak mengejar kereta kuda dan tentera musuh sampai ke Haroset-Hagoyim. Seluruh angkatan tentera Sisera dibunuh; tiada seorang pun yang dibiarkan hidup.
17 Sementara itu Sisera melarikan diri ke khemah Yael, isteri Heber, orang Keni itu, kerana Raja Yabin dari Hazor, bersahabat dengan keluarga Heber.
18 Ketika Sisera tiba, Yael menyambut dia dan berkata, “Tuan, masuklah ke dalam khemah saya. Tak usah takut.” Sisera masuk, lalu Yael menyembunyikan dia di belakang tirai.
19 Sisera berkata kepada Yael, “Tolong beri saya sedikit air minum. Saya haus.” Yael membuka kirbat kulitnya yang mengandungi susu, lalu memberi Sisera minum. Kemudian Yael menyembunyikan Sisera lagi.