11 Apabila Harun mempersembahkan lembu jantan itu sebagai korban untuk mengampunkan dosa bagi dirinya sendiri dan bagi keluarganya,
12 dia harus membawa sebuah perbaraan yang penuh dengan bara api dari mazbah dan dua genggam kemenyan halus, lalu membawa semuanya ke dalam Bilik Maha Suci.
13 Di sana, di hadapan Tabut Perjanjian, dia harus membakar kemenyan itu dan asap kemenyan itu akan menutupi penutup Tabut Perjanjian supaya Harun tidak nampak penutup itu; jika dia nampak penutup itu, dia akan mati.
14 Dia harus mengambil sedikit darah lembu jantan itu, lalu dengan jarinya memercikkan darah itu di bahagian depan penutup Tabut Perjanjian dan tujuh kali di depan Tabut itu.
15 Kemudian Harun harus menyembelih kambing itu sebagai korban untuk mengampunkan dosa bagi umat Israel. Dia harus membawa darah kambing itu ke dalam Bilik Maha Suci, lalu memercikkan darah itu di atas penutup Tabut Perjanjian dan di hadapan Tabut itu sebagaimana yang dilakukannya dengan darah lembu jantan itu.
16 Dengan cara ini dia melakukan upacara untuk menyucikan Bilik Maha Suci daripada kenajisan umat Israel dan daripada segala dosa mereka. Dia mesti melakukan upacara ini bagi bahagian-bahagian lain Khemah TUHAN kerana Khemah itu ada di tengah-tengah perkhemahan yang najis.
17 Tiada seorang pun boleh berada di dalam Khemah TUHAN, mulai dari saat Harun masuk ke dalam Bilik Maha Suci untuk melakukan upacara penyucian, sehingga dia keluar semula. Selepas dia melakukan upacara itu bagi dirinya sendiri, bagi keluarganya, dan bagi semua orang Israel,