24 Dia mesti mandi di satu tempat yang khas, kemudian memakai pakaiannya sendiri. Selepas itu dia harus keluar, lalu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, bagi menghapuskan dosanya sendiri dan dosa umat Israel.
25 Dia harus membakar lemak binatang yang dipersembahkan bagi korban untuk mengampunkan dosa, di atas mazbah.
26 Orang yang melepaskan kambing jantan untuk Azazel di padang gurun, mesti mencuci pakaiannya dan mandi sebelum balik ke perkhemahan.
27 Lembu jantan dan kambing yang dipersembahkan bagi korban untuk mengampunkan dosa, dan yang darahnya dibawa ke dalam Bilik Maha Suci untuk menghapuskan dosa, mesti dibawa ke luar perkhemahan dan dibakar. Kulit, daging, dan usus kedua-dua binatang itu mesti dibakar semuanya.
28 Orang yang membakarnya mesti mencuci pakaiannya dan mandi sebelum balik ke perkhemahan.
29 Peraturan-peraturan yang berikut harus dipatuhi selama-lamanya. Pada hari kesepuluh bulan ketujuh, orang Israel dan orang asing yang tinggal bersama-sama mereka, mesti berpuasa dan tidak boleh bekerja.
30 Pada hari itu upacara harus dilakukan untuk menyucikan mereka daripada segala dosa agar mereka menjadi tahir.