1 TUHAN memerintah Musa menyampaikan perintah ini kepada imam-imam keturunan Harun, “Seorang imam tidak boleh menajiskan diri dengan mengikuti upacara penguburan seorang sanak saudaranya,
2 kecuali orang yang meninggal itu ibunya, bapanya, anak lelakinya, anak perempuannya, saudara lelakinya,
3 atau saudara perempuannya yang belum berkahwin dan tinggal serumah dengan dia.
4 Dia tidak boleh menajiskan diri dengan mengikuti upacara penguburan saudara mara isterinya.
5 Seorang imam tidak boleh membotakkan bahagian mana pun kepalanya, atau menggunting janggutnya, atau melukai tubuhnya untuk menunjukkan bahawa dia berkabung.
6 Seorang imam harus suci dan tidak boleh menghina nama-Ku. Dia mempersembahkan persembahan makanan kepada-Ku, kerana itu dia harus suci.
7 Seorang imam tidak boleh berkahwin dengan pelacur perempuan, atau perempuan yang bukan dara lagi, atau perempuan yang sudah bercerai, kerana imam dikhaskan untuk Aku.