1 TUHAN memerintah Musa
2 untuk menyampaikan perintah ini kepada Harun dan anak-anaknya, “Perlakukanlah dengan hormat korban-korban yang dipersembahkan oleh umat Israel khas untuk Aku, supaya kamu tidak menghina nama-Ku yang suci. Akulah TUHAN.
3 Sesiapa sahaja daripada keturunan kamu, yang dalam keadaan najis, mendekati korban-korban yang dipersembahkan oleh umat Israel khas untuk Aku, dia tidak boleh bertugas di mazbah lagi. Peraturan ini berlaku selama-lamanya. Akulah TUHAN.
4 Sesiapa sahaja daripada keturunan Harun yang menghidap penyakit kulit yang mengerikan, atau yang menghidap penyakit kelamin sehingga mengeluarkan lelehan, dia tidak boleh makan apa pun daripada korban yang dikhaskan itu, sebelum dia diumumkan tahir. Seseorang imam menjadi najis jika dia menyentuh sesuatu yang menjadi najis kerana terkena mayat, atau imam itu mengeluarkan mani,