12 dan menahan dia sementara menanti keputusan TUHAN tentang apa yang harus dilakukan terhadap orang itu.
13 TUHAN berfirman kepada Musa,
14 “Bawalah orang itu ke luar perkhemahan. Biarlah tiap-tiap orang yang mendengar dia mengutuk Allah, meletakkan tangan di atas kepala orang itu untuk memberikan kesaksian bahawa dia bersalah. Kemudian semua orang Israel harus merejam dia sampai mati.
15 Selepas itu beritahulah umat Israel bahawa sesiapa yang mengutuk Allah mesti menanggung akibatnya.
16 Orang itu mesti dihukum mati. Sesiapa sahaja yang mengutuk TUHAN, baik orang Israel mahupun orang asing yang tinggal di negeri Israel, mesti direjam sampai mati oleh semua orang Israel.
17 Sesiapa yang membunuh orang mesti dihukum mati,
18 dan sesiapa yang membunuh binatang orang lain mesti mengganti binatang orang itu. Dasarnya adalah nyawa ganti nyawa.