8 Untuk selama-lamanya, pada setiap hari Sabat, roti itu mesti diletakkan di dalam Khemah TUHAN. Inilah kewajipan umat Israel selama-lamanya.
9 Roti itu untuk Harun dan keturunannya. Mereka mesti makan roti itu di tempat yang suci, kerana roti itu bahagian yang sangat suci daripada persembahan makanan yang dipersembahkan kepada TUHAN untuk para imam.
10-11 Di perkhemahan orang Israel, ada seorang lelaki. Bapanya orang Mesir dan ibunya orang Israel yang bernama Selomit anak Dibri daripada suku Dan. Pada suatu hari orang itu berkelahi dengan seorang Israel di perkhemahan. Semasa mereka bertengkar, dia mengutuk Allah. Oleh itu orang Israel membawa dia menghadap Musa,
12 dan menahan dia sementara menanti keputusan TUHAN tentang apa yang harus dilakukan terhadap orang itu.
13 TUHAN berfirman kepada Musa,
14 “Bawalah orang itu ke luar perkhemahan. Biarlah tiap-tiap orang yang mendengar dia mengutuk Allah, meletakkan tangan di atas kepala orang itu untuk memberikan kesaksian bahawa dia bersalah. Kemudian semua orang Israel harus merejam dia sampai mati.
15 Selepas itu beritahulah umat Israel bahawa sesiapa yang mengutuk Allah mesti menanggung akibatnya.