36 Aku akan menyebabkan kamu yang dibuang di negeri orang begitu takut, sehingga bunyi daun yang ditiup angin pun menyebabkan kamu lari. Kamu akan lari seolah-olah dikejar oleh musuh dalam pertempuran, dan kamu akan jatuh walaupun tidak ada musuh dekat kamu.
37 Kamu akan tersandung satu sama lain walaupun tiada sesiapa yang mengejar kamu. Kamu tidak akan dapat melawan musuh.
38 Kamu akan mati dalam pembuangan, dan dikubur di negeri musuh.
39 Sebahagian kecil daripada kamu yang masih hidup di negeri musuh akan merana kerana dosa kamu sendiri dan dosa nenek moyang kamu.
40 Tetapi keturunan kamu akan mengakui dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka yang melawan Aku dan memberontak terhadap Aku,
41 sehingga menyebabkan Aku menentang mereka dan membuang mereka di negeri musuh. Akhirnya, apabila keturunan kamu merendahkan diri, dan telah menjalani hukuman kerana dosa dan pemberontakan mereka,
42 Aku akan mengingat perjanjian-Ku dengan Yakub, Ishak, dan Abraham. Aku akan membaharui janji-Ku untuk memberikan negeri itu kepada umat-Ku.