1 Inilah peraturan bagi korban untuk membayar ganti rugi; korban ini sangat suci.
2 Binatang untuk korban ini harus disembelih di sebelah utara mazbah, di tempat menyembelih binatang bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan darahnya harus disiramkan pada keempat-empat sisi mazbah itu.
3 Semua lemak binatang itu harus dipisahkan lalu dipersembahkan di atas mazbah: ekor yang berlemak, lemak yang membungkus isi perut,
4 buah pinggang dan lemaknya, dan juga bahagian yang terbaik daripada hati binatang itu.
5 Imam harus membakar semua lemak itu di atas mazbah sebagai persembahan makanan kepada TUHAN; korban ini ialah korban untuk membayar ganti rugi.
6 Setiap orang lelaki daripada keluarga imam boleh makan daging korban ini, tetapi mereka mesti memakannya di tempat yang khas kerana korban ini sangat suci.