16 Apabila seseorang mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN, dengan maksud menunaikan nazarnya atau sebagai korban yang dipersembahkan dengan sukarela, tidak perlu seluruh korban itu dimakan pada hari korban itu dipersembahkan. Sisa korban itu boleh dimakan pada keesokan harinya.
17 Tetapi jika ada daging yang masih tersisa sehingga hari ketiga, daging itu mesti dibakar semuanya.
18 Jika sedikit pun daripada sisa daging itu dimakan pada hari ketiga, korban itu tidak akan diterima oleh Allah. Korban itu tidak menjadi berkat bagi orang itu, malah menjadi haram. Sesiapa sahaja yang makan sisa daging itu akan bersalah dan harus menanggung akibatnya.
19 Daging yang terkena apa sahaja yang najis tidak boleh dimakan, tetapi mesti dibakar semuanya.Orang yang tidak najis boleh makan daging daripada korban itu.
20 Jika seseorang makan daging itu pada masa dia najis, dia tidak lagi dianggap sebagai anggota umat Allah.
21 Apabila seseorang telah menyentuh sesuatu yang najis, lalu orang itu makan daging binatang yang sudah dipersembahkan itu, orang itu tidak lagi dianggap sebagai anggota umat Allah.
22 TUHAN memberikan peraturan berikut kepada Musa