26 Di mana sahaja orang Israel tinggal, mereka sekali-kali tidak boleh makan darah burung ataupun darah binatang.
27 Sesiapa yang melanggar peraturan ini tidak lagi dianggap sebagai anggota umat Allah.
28 TUHAN memberikan peraturan berikut kepada Musa
29 bagi umat Israel. Sesiapa yang mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN, mesti mempersembahkan sebahagian daripada korban itu sebagai korban istimewa kepada TUHAN.
30 Orang itu sendiri harus membawa korban itu sebagai persembahan makanan. Dia harus membawa lemak dan dada binatang itu, lalu mempersembahkannya sebagai persembahan istimewa kepada TUHAN.
31 Seorang imam mesti membakar lemak itu di atas mazbah, tetapi dada binatang itu akan menjadi milik para imam.
32 Paha kanan binatang itu harus diberikan sebagai persembahan istimewa