4 Sebaik sahaja aku meninggalkan mereka,aku menemui kekasihku.Aku memeluk dia dan tidak mahu melepaskannya,sehingga aku membawanya pulang ke rumah ibuku,ke bilik ibu yang melahirkan aku.
5 Berjanjilah,hai puteri-puteri Yerusalem,demi rusa dan kijang di padang,bahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.
6 Apakah yang datang dari padang gurun, seperti kepulan asap?Harumnya seperti kemenyan dan mur yang dijual oleh pedagang.
7 Lihat, itu tandu Raja Salomo,dikelilingi enam puluh orang askar, pahlawan-pahlawan terbaik di Israel.
8 Semuanya handal menggunakan pedang,dan berpengalaman dalam perang.Masing-masing bersenjatakan pedang,siap menghadapi serangan pada waktu malam.
9 Raja Salomo membuat sebuah tandu bagi dirinyadaripada kayu yang paling bermutu.
10 Tiangnya dibuat daripada perak,dan sandarannya daripada emas.Tempat duduknya beralas kain berwarna ungu,yang disulam dengan senang hati oleh puteri-puteri Yerusalem.