7 Orang yang meramalkan masa depan akan dipermalukan kerana ramalan mereka tidak tepat. Mereka semua akan dihina kerana Allah tidak menjawab mereka.
8 Tetapi bagi diriku, TUHAN memenuhi aku dengan kuasa dan Roh-Nya. Dia memberi aku pengertian tentang keadilan, dan juga keberanian untuk memberitahu umat Israel tentang dosa mereka.
9 Dengarlah kata-kataku, hai para penguasa Israel, kamu yang membenci keadilan dan yang mengubah kebenaran menjadi kesalahan.
10 Kamu membina Yerusalem, kota Allah, berasaskan pembunuhan dan ketidakadilan.
11 Para penguasa kota menjalankan pemerintahan untuk mendapat rasuah, para imam mentafsirkan Taurat untuk mendapat upah, dan para nabi pula menyatakan wahyu untuk mendapat wang; tetapi mereka semua mengatakan bahawa TUHAN menyertai mereka. Mereka berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita, kerana TUHAN menyertai kita.”
12 Oleh sebab kejahatan kamu, Sion akan dibajak seperti tanah, Yerusalem dijadikan timbunan runtuhan, dan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi hutan belukar.