7 Mereka lumpuh dan jauh dari rumah, tetapi Aku akan memberikan peluang baru bagi mereka yang masih hidup, lalu mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memerintah mereka dari Bukit Sion mulai dari saat itu hingga selama-lamanya.”
8 Engkau hai Yerusalem, tempat Allah menjaga umat-Nya seperti seorang gembala, akan kembali menjadi ibu kota kerajaanmu seperti dahulu.
9 Mengapakah engkau menangis sekuat itu? Mengapakah engkau kesakitan seperti perempuan yang hendak bersalin? Adakah hal ini disebabkan engkau tidak mempunyai raja, dan para penasihatmu sudah meninggal?
10 Hai penduduk Yerusalem, menggeliatlah dan mengeranglah, seperti perempuan yang sedang bersalin, kerana sekarang kamu terpaksa meninggalkan kota ini dan tinggal di padang. Kamu terpaksa pergi ke Babel, tetapi di sana TUHAN akan menyelamatkan kamu daripada kuasa musuh.
11 Banyak bangsa telah berkumpul untuk menyerang kamu. Mereka berkata, “Yerusalem mesti dimusnahkan! Kami akan melihat kota itu menjadi runtuhan!”
12 Tetapi bangsa-bangsa itu tidak tahu apa rancangan TUHAN. Mereka tidak sedar bahawa mereka telah dikumpulkan untuk dihukum, sebagaimana gandum dikumpulkan untuk diirik.
13 TUHAN berfirman, “Hai penduduk Yerusalem, pergilah menghukum musuh kamu! Aku akan menjadikan kamu sekuat lembu jantan yang bertanduk besi dan berkuku gangsa. Kamu akan memusnahkan banyak bangsa, dan kekayaan mereka yang diperoleh dengan kekejaman akan kamu persembahkan kepada-Ku, Tuhan alam semesta.”