12 Orang kamu akan pulang dari merata tempat - dari Asyur di timur, dari Mesir di selatan, dari kawasan Sungai Efrat, dari seberang laut, dan dari pergunungan yang jauh.
13 Tetapi bumi akan menjadi tandus kerana kejahatan penduduknya.
14 Ya TUHAN, gembalakanlah umat-Mu, umat yang telah Engkau pilih. Walaupun mereka tinggal jauh di padang gurun, ada juga tanah yang subur di sekitar mereka. Biarlah mereka mendapat makanan di padang-padang rumput Basan dan Gilead, seperti yang dilakukan mereka dahulu kala.
15 Lakukanlah mukjizat-mukjizat bagi kami, ya TUHAN, seperti yang Engkau lakukan dahulu, ketika Engkau membawa kami keluar dari Mesir.
16 Bangsa-bangsa akan nampak hal itu dan berasa malu kerana sedar bahawa kekuatan mereka tidak bererti apa-apa. Mereka akan menutup mulut dan telinga kerana tidak dapat melakukan apa-apa.
17 Mereka akan menjalar di atas debu seperti ular. Mereka akan keluar dari kubu mereka dengan gementar, lalu datang dengan takut kepada-Mu, TUHAN, Allah kami.
18 Ya TUHAN, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat-Mu yang masih hidup. Engkau tidak murka selama-lamanya, tetapi Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami.