8 Musuh kita tidak mempunyai alasan untuk bersukacita atas kejatuhan kita. Walaupun kita jatuh, tetapi kita akan bangkit semula. Sekarang kita berada dalam kegelapan, tetapi TUHAN akan menerangi kita.
9 Kita telah berdosa terhadap TUHAN. Oleh itu kita harus menanggung kemurkaan-Nya untuk sementara waktu. Tetapi akhirnya Dia akan membela kita dan memberikan keadilan kepada kita. Dia akan membawa kita keluar kepada cahaya, dan kita akan mengalami penyelamatan TUHAN.
10 Pada masa itu musuh kita akan melihat hal yang dilakukan TUHAN bagi kita, lalu mereka akan dipermalukan. Merekalah musuh yang mengolok-olok kita dahulu dengan berkata, “Di manakah TUHAN, Allah kamu?” Kita akan melihat mereka dikalahkan dan dipijak-pijak seperti lumpur di jalan.
11 Hai penduduk Yerusalem, masa untuk membina semula tembok-tembok kota telah tiba. Pada masa itu kawasan kamu akan diperluas.
12 Orang kamu akan pulang dari merata tempat - dari Asyur di timur, dari Mesir di selatan, dari kawasan Sungai Efrat, dari seberang laut, dan dari pergunungan yang jauh.
13 Tetapi bumi akan menjadi tandus kerana kejahatan penduduknya.
14 Ya TUHAN, gembalakanlah umat-Mu, umat yang telah Engkau pilih. Walaupun mereka tinggal jauh di padang gurun, ada juga tanah yang subur di sekitar mereka. Biarlah mereka mendapat makanan di padang-padang rumput Basan dan Gilead, seperti yang dilakukan mereka dahulu kala.