8 Apakah kelebihan orang bijak jika dibandingkan dengan orang bodoh? Apakah gunanya orang miskin berkelakuan baik di tengah-tengah masyarakat?
9 Sia-sia sahaja. Semua itu seperti usaha mengejar angin. Lebih baik kamu puas hati dengan apa yang ada pada kamu daripada sentiasa mengingini apa yang tidak kamu punyai.
10 Segala yang berlaku telah ditentukan sejak dahulu, dan kita tahu bahawa semua orang tidak dapat membantah orang yang lebih kuat.
11 Semakin mereka membantah, semakin tidak berguna, malahan mereka tidak mendapat keuntungan apa-apa.
12 Bagaimana orang dapat mengetahui apa yang terbaik bagi hidup manusia yang pendek dan sia-sia ini - hidup yang segera lenyap seperti bayang-bayang? Bagaimanakah orang dapat mengetahui apa yang akan berlaku di dunia ini setelah mereka meninggal?