10 Orang tua di Yerusalem duduk membisu di atas tanah,menaruh debu di kepala dan memakai kain guni.Gadis-gadis menundukkan kepala sampai ke tanah.
11 Mataku bengkak kerana menangis tanpa berhenti;jiwaku merana tidak terperi.Hatiku hancur melihat kebinasaan bangsaku, melihat kanak-kanak dan bayi pengsan di jalan kota.
12 Mereka berseru kepada ibu mereka kerana lapar dan dahaga;mereka jatuh di tengah jalan seolah-olah cedera,lalu meninggal di pangkuan ibu mereka.
13 Hai Yerusalem, kota Sion yang tercinta, apakah yang dapat kukatakan?Aku tidak dapat menghibur engkau. Belum pernah sesiapa pun menderita seperti engkau.Bencana sebesar samudera telah menimpamu;tiada lagi harapan bagi engkau.
14 Nabi-nabimu hanya tahu berdusta;mereka menipu engkau dengan tidak menyatakan dosamu.Mereka membuat engkau berfikir bahawa engkau tidak perlu bertaubat.
15 Semua orang yang lalu di kotamu menghina engkau.Mereka menggeleng-gelengkan kepala dan tertawa melihat runtuhan Yerusalem.“Inikah kota yang disebut paling indah dan menjadi kebanggaan dunia?” tanya mereka.
16 Semua musuhmu mengolok-olok engkau dan memandang engkau dengan benci.Mereka mencebikkan bibir sambil menista, “Kami sudah memusnahkan engkau!Inilah hari yang kami nanti-nantikan!”