12 Di kalangan raja-raja dan penduduk dunia tidak seorang pun yang percayabahawa pintu gerbang Yerusalem dapat dimasuki musuh.
13 Tetapi hal itu berlaku kerana nabi-nabinya telah berdosa,dan imam-imamnya membunuh orang yang tidak bersalah.
14 Para pemimpin kota Yerusalem bagai orang buta yang berjalan tidak tentu arah.Pakaian mereka berlumuran darah sehingga tiada seorang pun mahu menyentuh mereka.
15 Orang berkata, “Pergi dari sini! Kamu najis, jangan sentuh kami!”Oleh itu mereka mengembara dari negeri ke negeri,tetapi tidak disambut oleh sesiapa pun.
16 TUHAN tidak mempedulikan mereka lagi; Dia sendiri mencerai-beraikan mereka.Dia tidak lagi menghargai para imam atau mengasihani para pemimpin.
17 Mata kami penat memandang, menantikan bantuan yang tidak kunjung datang.Kami mengharapkan pertolongan daripada bangsa yang sebenarnya tidak dapat memberikan apa-apa.
18 Musuh selalu mengawasi kami, sehingga kami tidak dapat keluar ke jalan.Kematian kami sudah dekat, kerana hidup kami sudah berakhir.