6 Bangsaku telah dihukum lebih berat daripada penduduk Sodom,yang musnah dalam sekelip mata kerana dihukum oleh Allah.
7 Dahulu para pemimpin kami murni seperti salji yang putih bersih.Mereka tegap dan kuat,segar bugar dan sihat.
8 Tetapi sekarang mereka terlantar di jalan dan tidak dikenali orang,muka mereka menjadi lebih hitam daripada jelaga,kulit mereka kerepot dan melekat pada tulang,seperti kayu yang kering kerontang.
9 Mereka menderita dan mati perlahan-lahan, kerana sama sekali tidak mempunyai makanan.Orang yang mati di medan pertempuran, lebih beruntung daripada orang yang mati kelaparan.
10 Bencana yang menimpa bangsaku sangat mengerikan;sehingga ibu yang penyayang terpaksa memasak anak sendiri untuk dimakan.
11 TUHAN melampiaskan kemurkaan-Nyadan membakar kota Sion sampai musnah.
12 Di kalangan raja-raja dan penduduk dunia tidak seorang pun yang percayabahawa pintu gerbang Yerusalem dapat dimasuki musuh.