10 Kami demam kerana kelaparan,badan kami panas seperti ketuhar.
11 Isteri kami diperkosa di Bukit Sion,gadis-gadis kami dicabuli di setiap kota di Yehuda.
12 Para pemimpin kami ditangkap dan digantung,orang tua kami tidak dihormati lagi.
13 Pemuda kami dipaksa mengisar gandum seperti abdi,anak lelaki tertindih pikulan kayu sehingga terhuyung-hayang.
14 Orang tua tidak lagi berkumpul di pintu gerbang kota,kaum pemuda tidak lagi bermain muzik.
15 Kegembiraan sudah lenyap dalam kehidupan kami,tarian telah berubah menjadi perkabungan.
16 Hal yang kami bangga-banggakan sudah tiada.Kini kami dihukum kerana berdosa.