1 Hai umat Israel, dengarlah perkhabaran TUHAN kepada kamu.
2 Dia berfirman,“Jangan ikut kebiasaan bangsa-bangsa lain;jangan gentar melihat tanda-tanda yang luar biasa di langit,walaupun bangsa-bangsa lain takut.
3 Agama bangsa-bangsa itu tidak berguna sama sekali.Orang menebang sebatang pokok kayu di hutan;lalu tukang kayu mengukir batang pokok itu dengan alat pengukir,
4 kemudian menghiasnya dengan emas dan perak.Kayu yang berukir itu ditegakkan dengan pakuuntuk menahannya daripada terjatuh.
5 Patung-patung berhala itu bagaikan orang-orangan di kebun mentimun;patung berhala tidak dapat bercakap;patung berhala harus diangkatkerana tidak dapat berjalan.Jangan takut akan patung berhala;patung berhala tidak dapat mencederakan kamu,dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepada kamu.”
6 Ya TUHAN, Engkau tiada taranya;Engkau sungguh perkasa,nama-Mu agung dan berkuasa.
7 Siapa yang tidak mahu menghormati Engkau,raja semua bangsa?Engkau patut dihormati oleh semua.Engkau tiada taranyaantara semua orang bijak daripada bangsa-bangsa,atau antara raja-raja mereka.