18 TUHAN akan membuang kamu dari negeri ini; Dia akan meremukkan kamu sehingga tidak seorang pun tertinggal. Demikianlah firman TUHAN.
19 Penduduk Yerusalem berseru,“Kami luka parah!Luka kami tidak akan sembuh.Dahulu kami sangka bahawa penderitaan inidapat kami tanggung, tetapi sebenarnya tidak.
20 Khemah kami rosak;tali-talinya semua putus.Anak-anak kami semuanya sudah pergi;tiada lagi yang dapat memasang khemah kami;tiada lagi yang dapat menggantungkan kain khemah.”
21 Aku menjawab, “Para pemimpin kita bodoh.Mereka tidak minta petunjuk daripada TUHAN.Itulah sebabnya mereka tidak berjaya,dan bangsa kita terserak ke mana-mana.
22 Dengarlah! Berita sudah tiba!Ada suatu bangsa di utara yang menimbulkan huru-hara.Tenteranya akan menjadikan kota-kota Yehuda sepi dan tidak berpenghuni,sehingga menjadi tempat tinggal anjing hutan.”
23 Ya TUHAN, aku insaf bahawa tiada seorang pun berkuasa atas hidupnya;tiada seorang pun dapat mengendalikan jalan hidupnya.
24 Ya TUHAN, hukumlah umat-Mu;tetapi jangan terlalu keras,dan jangan hukum kami ketika Engkau sedang murka,kerana tentu kami semua akan binasa.