22 Dengarlah! Berita sudah tiba!Ada suatu bangsa di utara yang menimbulkan huru-hara.Tenteranya akan menjadikan kota-kota Yehuda sepi dan tidak berpenghuni,sehingga menjadi tempat tinggal anjing hutan.”
23 Ya TUHAN, aku insaf bahawa tiada seorang pun berkuasa atas hidupnya;tiada seorang pun dapat mengendalikan jalan hidupnya.
24 Ya TUHAN, hukumlah umat-Mu;tetapi jangan terlalu keras,dan jangan hukum kami ketika Engkau sedang murka,kerana tentu kami semua akan binasa.
25 Lampiaskanlah kemurkaan-Mukepada bangsa-bangsa yang tidak menyembah Engkau,dan kepada orang yang menolak Engkau.Mereka telah membinasakan umat-Mu;mereka telah menghancurkan kami sama sekalidan memusnahkan negeri kami.